PETALING JAYA: Keterangan 18 individu telah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penukaran plot tanah milik kerajaan kepada hak milik persendirian selepas dua pengurusan tertinggi di syarikat peranginan terkemuka direman kelmarin. Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, mereka dipanggil SPRM terdiri daripada kakitangan tiga agensi kerajaan. Kata sumber itu, keterangan itu diambil bagi melihat sekiranya terdapat elemen rasuah dalam mana-mana transaksi bagi proses penukaran hak milik tanah itu. “SPRM juga sedang mengesan jumlah bayaran rasuah yang dibayar kepada mana-mana individu,” katanya di sini. Utusan Malaysia semalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya