SPM 2023 bermula 8 Januari

SPM 2023 bermula 8 Januari

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sudah mengenalpasti tujuh pusat peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang akan terjejas sekiranya banjir kembali melanda negeri ini-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 akan bermula pada 8 Januari ini sehingga 7 Mac dengan melibatkan seramai 395,870 calon yang sudah mendaftar.

Kementerian Pendidikan berkata, ia melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian bertutur, mendengar dan peperiksaan bertulis.

“Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula pada 8 hingga 11 Januari ini, bagi Bahasa Inggeris pula bermula pada 17 hingga 23 Januari ini.

“Ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula diadakan pada 29 Januari dan peperiksaan bertulis akan bermula pada 30 Januari sehingga 7 Mac,” katanya kementerian tersebut menerusi satu kenyataan.

Mengulas lanjut, SPM 2023 melibatkan 3,340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan 129,636 orang petugas peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan.

“Kementerian Pendidikan ingin mengingatkan semua calon peperiksaan SPM 2023 agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.,” katanya.

KPM turut mengingatkan semua calon untuk membawa dokumen pengenalan diri dan pernyataan pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan serta memathui prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan.

Sementera itu, kementerian berkenaan berkata, pihaknya juga sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan demi keselamatan serta Kebajikan calon mahupun petugas peperiksaan.

“Semua calon peperiksaan SPM 2023 dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau jabatan pendidikan negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

“Calon juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya