Sokong PM: Bukti Kerajaan Perpaduan landasan betul

Tanjong Karang sokong PM: Bukti Kerajaan Perpaduan di landasan betul

Zulkafperi Hanapi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sokongan terbaharu oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Kerajaan Perpaduan berada di landasan betul.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia juga membuktikan makin ramai pihak mula percaya kepada Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, keputusan Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi itu membuktikan kerajaan langsung tiada niat untuk menarik sokongan mana-mana Ahli Parlimen.

“Sebaliknya, tambah beliau, sokongan yang hadir itu membuktikan pentadbiran kerajaan berada di landasan betul.

“Apa yang disebut Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) mungkin ada kebenarannya tapi kita tunggu. Beliau ada sebut tujuh, lapan orang…hari ini satu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, apa yang penting ketika ini ialah Kerajaan Perpaduan kekal stabil, malah lima dasar penting untuk rakyat diumumkan tahun lalu.

Fahmi berkata, beliau menerima baik pengumuman (sokongan Ahli Parlimen Tanjong Karang) itu tetapi apa yang penting kerajaan ini mampu selesaikan masalah.

Media hari ini melaporkan, Ahli Parlimen Tanjong Karang menjadi Ahli Parlimen keenam daripada blok pembangkang mengisytiharkan sokongannya kepada Perdana Menteri.

Zulkafperi menerusi kenyataan berkata, pengistytiharan sokongan itu dilakukan tanpa sebarang paksaan dan tekanan mana-mana pihak malah, ia dilakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjong Karang.

Sebelum ini, lima ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) yang telah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasa (Bukit Gantang). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya