SMK Gunung Rapat juara bola sepak Piala XOX - Utusan Malaysia

SMK Gunung Rapat juara bola sepak Piala XOX

PEMAIN pasukan SMK Gunung Rapat meraikan kejayaan muncul juara Piala XOX di Ipoh semalam. - UTUSAN/AZIZAN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan Sekolah Sukan Negeri (SSN), SMK Gunung Rapat muncul juara kejohanan bola sepak Piala XOX selepas menumpaskan Sekolah Anderson 4-3 melalui penalti pada perlawanan akhir di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor di sini semalam.

Dalam perlawanan yang disaksikan hampir 1,000 penonton termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, kedua-dua pasukan bersaing sengit tetapi gagal menyudahkan peluang menjaringkan gol.

Berikutan itu, perlawanan terpaksa diputuskan melalui penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

SMK Gunung Rapat nyata lebih bernasib baik apabila berjaya menjaringkan empat gol.

Sebaliknya Anderson, yang turun selaku pasukan pilihan paksa akur apabila dua sepakan pemainnya diselamatkan Penjaga Gol Terbaik Kejohanan, Razin Rafiqeen Romizi .

Dengan kejayaan itu, pasukan SSK Perak itu membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai RM10,000.

SMK Gunung Rapat menyertai kejohanan antara Daerah B-17 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Perak FC secara jemputan .

Anderson, yang mewakili Kinta Utara, selain meraih RM6,000 turut memenangi anugerah individu apabila Yugendran Jeyashanker dinobat Pemain Terbaik Kejohanan.

Hulu Perak pula menduduki tempat ketiga meraih RM4,000, sementara Daerah Batang Padang yang diwakili SMK Air Kuning di tempat keempat meraih RM2,000.

Sebanyak 14 pasukan terdiri daripada Pusat Latihan Daerah (PLD) serta dua pasukan undangan termasuk Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) menyertai kejohanan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya