SKMM setuju naik taraf jaringan internet institut pendidikan Mara

Suruhanjaya Komunikasi setuju naik taraf jaringan internet institut pendidikan Mara

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju membantu Majlis Amanah Rakyat (Mara) menaik taraf jaringan rangkaian internet di semua 342 institusi pendidikan terutama di pusat yang memfokuskan pembelajaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menerima keluhan berhubung jaringan internet dalam kalangan warga institusi-institusi pendidikan Mara (Ipma), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi (KTM).

Katanya, perkembangan positif itu adalah hasil pertemuan beliau bersama Pengerusi SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan suruhanjaya itu bersetuju membantu Mara menaik taraf jaringan rangkaian internet di seluruh 342 institusi pendidikan.

“Ia terutama di 269 institusi yang memfokuskan pembelajaran TVET yang mempelopori teknologi terkini untuk penambahbaikan capaian internet bagi mencapai pembelajaran pendigital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih berkesan buat pelajar dan pengajar,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan beliau mengadakan pertemuan bersama Mohamad Salim di Cyberjaya.

Dalam pada itu, menurut Asyraf Wajdi, kerjasama Mara dengan SKMM memanfaatkan pelajar TVETMARA mengambil bahagian serta menyumbang kepada ekonomi digital negara.

“Ia yang mana sesuai dengan Revolusi Industri 4.0 selain capaian lebih pantas untuk pelajar dan pensyarah mengakses sumber dalam talian dan bahan kursus dengan lebih cekap termasuk capaian di desa dan luar bandar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya