Sistem Saraan Perkhidmatan Awam - Anwar

Sistem Saraan Perkhidmatan Awam disegerakan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA :  Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi manfaat penjawat awam selepas ia tertangguh sebelum ini ekoran kedudukan kewangan negara yang dibebani hutang terdahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu tidak dapat dilaksanakan tahun lalu ekoran Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan terdahulu yang tinggi iaitu sebanyak RM1.5 trilion dengan defisit sekitar 5.6 peratus.

“Alhamdulillah, dengan pimpinan kerajaan dan semua yang terlibat, kita dapat kurangkan (defisit) kepada lima peratus.

“Maknanya, kalau kita ada fokus jelas dan komitmen untuk laksana dengan baik, saya percaya ia boleh dilakukan seperti pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU),” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Anwar mahu kajian SSPA dilaksanakan ketika ini dapat memberi maklum balas positif membabitkan kenaikan gaji yang drastik.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, penyelarasan gaji penjawat awam itu perlu dibuat selari maksud slogan anjakan paradigma yang sering dilaungkan.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 lalu, kerajaan mengumumkan pemberian Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, bayaran insentif terbabit akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari depan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya