ALOR SETAR: Kawal selia sistem pengairan yang lebih efektif diyakini dapat membantu hasrat kerajaan untuk memulih dan membangunkan kawasan sawah padi jerlus agar tahap sara diri (SSL) pengeluaran beras negara dapat ditingkatkan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Badan Bertindak Petani MADA, Che Ani Mat Zain berkata, masalah sawah padi jerlus bukan sahaja menjejaskan pengeluaran padi bahkan menambah kos pesawah untuk mengatasi masalah itu. Katanya, tanah sawah jerlus bukan sahaja disebabkan faktor cuaca tetapi bekalan air atau saliran untuk penanaman padi yang tidak diuruskan dengan baik turut menyumbang kepada masalah itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya