Sistem pendidikan prasekolah diselaras semula

Sistem pendidikan prasekolah diselaras

prasekolah
FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini memutuskan agar sistem pendidikan pra sekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pendidikan sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri mendapati wujud kualiti pendidikan pra sekolah yang pelbagai di seluruh negara, justeru ia harus diselaraskan.

“Kita lihat ada pendidikan pra sekolah yang agak pelbagai, malah ada kadangkala kami terima aduan daripada ibu bapa mengenai kualiti pendidikan berbeza.

“Justeru, tadi (mesyuarat Jemaah Menteri) memutuskan supaya sistem pendidikan itu diselaraskan semula. Ini adalah keputusan yang dibuat hari ini.

“Kita (kerajaan) ingin pastikan pendidikan pra sekolah yang disediakan kepada rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah adalah yang berkualiti dan kurikulumnya diselaraskan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan itu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada penyelarasan itu hanya akan membabitkan pendidikan pra sekolah di peringkat institusi sekolah kerajaan sahaja, Fahmi berkata, beliau difahamkan penyelarasan itu akan membabitkan keseluruhan ekosistem pendidikan pra sekolah di seluruh negara.

Sementara itu, katanya, berhubung aspek pendidikan kurikulum agama pula, ia akan diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem pendidikan pra sekolah diteliti semula bagi menjamin kualiti pendidikan negara.

Menurutnya, ia berikutan kemerosotan prestasi pelajar di negara ini yang dicatatkan dalam skor Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2022. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya