Sistem eHantar reformasi urusan Dewan Rakyat

Sistem eHantar reformasi urusan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem eHantar merupakan alternatif terbaru untuk meningkatkan mutu perbahasan ahli Dewan Rakyat dalam usaha pendigitalan urusan dewan oleh Parlimen Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, segala pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan boleh dihantar melalui sistem tersebut.

Katanya, ini termasuk Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dan usul Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17 yang boleh digunakan melalui sistem eHantar.

“Saya menyeru agar ahli-ahli Yang Berhormat memanfaatkan sepenuhnya sistem eHantar yang dibangunkan ini, terutamanya menjelang bermulanya Mesyuarat  Pertama Penggal Ketiga yang akan bermula pada 26 Februari kelak,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, dalam jangka masa terdekat, Ahli Parlimen dan orang awam akan dapat mengakses lebih banyak ciri yang ditambah baik pada laman sesawang Parlimen Malaysia.

“Ini termasuk proses penambahbaikan sistem Penyata Rasmi (Hansard) dalam portal Parlimen yang membolehkan para pengguna membuat carian terhadap data-data daripada Hansard dengan lebih mudah,” kata beliau.

Dalam pada itu,  kata beliau dari segi fizikal pula, Galeri Awam Dewan Rakyat akan melalui proses naik taraf untuk mempertingkatkan pengalaman pelawat  dan orang awam ke Parlimen.

Beliau juga menggalakkan Ahli Dewan Rakyat agar menggunakan kemudahan Penyelidikan Parlimen Malaysia dengan sepenuhnya.

Jelasnya, kemudahan itu memboleh mereka mendapat data-data serta maklumat penting bagi melonjakkan kualiti perbahasan dalam Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya