Sistem e-Hantar pembaharuan urusan sidang Dewan Rakyat 

Sistem e-Hantar pembaharuan urusan sidang Dewan Rakyat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parlimen Malaysia mendigitalkan semua urusan mesyuarat sekali gus meningkatkan mutu perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat melalui sistem dinamakan ‘e-Hantar’. 

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan, melalui sistem itu, pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan dan bukan lisan, waktu pertanyaan menteri (MQT) serta usul Kamar Khas boleh dihantar melalui sistem tersebut. 

Katanya, ahli-ahli Parlimen dan orang awam akan dapat mengakses lebih banyak ciri laman web Parlimen yang bakal ditambah baik. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyampaikan perkara berkenaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang hadir ke Parlimen hari ini. 

“Ini termasuk proses penambahbaikan sistem penyata rasmi (hansard) dalam portal Parlimen yang membolehkan pengguna membuat carian terhadap data-data daripada hansard dengan lebih mudah,” kata kenyataan itu.  

Katanya, galeri awam Dewan Rakyat juga akan melalui proses naik taraf untuk mempertingkat pengalaman melawat orang awam di Parlimen bagi menyaksikan mesyuarat itu.  

“Yang Dipertua Dewan Rakyat juga menggalakkan ahli-ahli Dewan Rakyat menggunakan kemudahan penyelidikan Parlimen dengan sepenuhnya untuk mendapatkan data-data serta maklumat penting bagi melonjakkan perbahasan Dewan Rakyat,” katanya. 

Parlimen akan memulakan persidangannya selama 69 hari pada tahun ini dengan mesyuarat pertama selama 19 hari bermula 26 Februari ini hingga 27 Mac depan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya