Setakat ini kami tidak bercinta tapi doakanlah baik-baik - Utusan Malaysia

Setakat ini kami tidak bercinta tapi doakanlah baik-baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sarah Suhairi, 24, menafikan khabar angin sedang menjalin hubungan istimewa bersama rakan duetnya, Alfie Zumi.

Spekulasi itu timbul susulan daripada keserasian kedua-dua penyanyi tersebut dalam video muzik, Setia Akhir Hayat (SAH), yang mencuri tumpuan baru-baru ini.

“Jika ramai yang suka tengok kami bersama, bolehlah ulang tonton video muzik SAH banyak kali.

“Setakat ini kami berdua hanya rakan sekerja sahaja.

“Tapi kita doakanlah yang baik-baik ya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Walaupun baru diperdengarkan pada Selasa, Sarah bersyukur kerana lagu tersebut sudah menerima lebih 200,000 tontonan di TikTok.

“Sambutan Alhamdulillah sangat baik dan ramai yang suka. Setakat ini lagu SAH pun sudah ramai yang guna di TikTok.

“Saya teruja sebenarnya memandangkan sudah hampir setahun saya tidak memberikan buah tangan baru.

“Kali ini, saya gembira kerana hadir dengan lagu baru bersama Alfi Zumie,” tambahnya.

Terkini, Juara Big Stage 2018 itu bakal memuat naik ‘dance challenge’ bagi meneruskan bahang lagu ini di media sosial.

“Saya akui cara tarian yang kami kongsikan baru-baru ini mungkin agak sukar untuk mereka yang tidak biasa menari.

“Tapi dalam masa terdekat, kami akan keluarkan video tarian dalam versi sedikit mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya