Semua jabatan, agensi KSM bakal guna sistem ABMS

Semua jabatan, agensi KSM bakal guna sistem ABMS

STEVEN SIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menggunakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) terhadap seluruh jabatan dan agensi di bawahnya.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, bagi tujuan itu, standard sama yang digunakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan diguna pakai.

Kata beliau, ia bagi mengukuhkan tadbir urus, mengenal pasti risiko rasuah dan salah guna kuasa terutama dalam proses kerja di PTPK.

Jelasnya, inisiatif PTPK ke  arah pensijilan ABMS dilaksanakan dengan kerjasama Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

“Pembangunan ABMS didorong oleh prestasi cemerlang PTPTK susulan hasil penarafan semula risiko tahun 2023 yang mencatatkan risiko tinggi kepada risiko sederhana oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Matlamat berkenaan juga selari dengan kerangka Malaysia madani yang mengutamakan integriti dan kecekapan dalam pentadbiran awam.

“Pelaksanaan ABMS ini adalah langkah proaktif untuk memastikan kakitangan PTPK mematuhi etika kerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembanterasan rasuah dalam perkhidmatan awam,” katanya di dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Steven Sim melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat PTPK di Kuala Lumpur.

Turut hadir sama adalah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa); Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Datuk Norison Ramli dan Ketua Eksekutif PTPK, Mohd. Fathullah Mustafa.

Steven Sm berkata, PTPK selaku pembiaya utama latihan dalam negara terus memperkasa agenda pembangunan modal insan negara selain  komited memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasiaonal untuk mengikuti bidang kemahiran.

“PTPK sentiasa cakna dan memberi komitmen yang tinggi bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang terbaik sekali gus menyokong kepada pemacu perubahan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk menambah baik eekosistem TEVT,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya