Semua bagus, nak pilih siapa

Semua bagus, nak pilih siapa

KIM Pan Gonketika membimbing skuad Harimau Malaya.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prestasi cemerlang Harimau Malaya mula menyukarkan pengendalinya Kim Pan Gon untuk memilih kesebelasan utama bagi aksi pertama Kumpulan E menentang Jordan dalam, Piala Asia 2023 ada Selasa ini.

Menurut jurulatih dari Korea Selatan itu, semua pemain layak untuk berada dalam kesebelasan utama selepas memperagakan aksi yang cukup berkualiti ketika mengikat pasukan di kedudukan ke-91 dunia, Syria, 2-2 dalam aksi persahabatan pada Selasa lalu.

Biarpun begitu, ramai peminat bola sepak tanah air yakin Pan Gon mempunyai ‘nota kecil’ yang cukup berguna untuk mencaturkan strategi dan pemain mana yang mahu digunakannya dalam mana-mana perlawanan dan ia juga bergantung pasukan lawan.

Ketika aksi persahabatan menentang Syria, Pan Gon memberikan semua pemain minit permainan untuk menilai kemampuan selain jurulatih berumur 54 tahun itu juga turut menguji corak taktikal berlainan yang akan digunakan di Piala Asia 2023.

“Semua pemain yang ada bersaing dengan cukup baik serta mahu membuktikan kewibawaan masing-masing dan saya gembira dengan apa yang telah ditunjukkan oleh mereka. Sesiapa sahaja boleh berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

“Ia adalah kelebihan yang berjaya kami capai dalam perlawanan persahabatan. Seterusnya, staf kejurulatihan akan melihat semula perlawanan ini untuk menilai pemain yang akan beraksi dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Jordan,” katanya.

Mengulas lanjut, Pan Gion berkata, dia berpuas hati dengan prestasi dan tahap kecergasan semua pemain walaupun ini merupakan perlawanan pertama Harimau Malaya selepas hampir sebulan berlatih sebagai persiapan ke Piala Asia 2023.

“Perlawanan persahabatan menentang Syria menambahkan lagi keyakinan dan ‘match fitness’ Harimau Malaya, situasi ini sekaligus memberikan manfaat yang baik untuk persiapan kita di sini,” ujarnya.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik layak untuk pusingan 16 pasukan di Doha.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran, 1980 di Kuwait dan sebagai tuan rumah bersama pada 2007 tetapi tidak pernah mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya