Seleweng diesel stesen minyak guna tangki ubah suai

Seleweng diesel stesen minyak guna tangki ubah suai

TANGKI ubah suai bagi mengisi diesel ke dalam lori itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang pemandu lori mengisi diesel ke dalam tangki yang diubah suai di sebuah stesen minyak di Puncak Alam di sini, memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa semalam menerusi Op Tiris.

  Cubaan menyeleweng ribuan liter minyak bersubisidi itu dilakukan lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan, kira-kira pukul 1.40 pagi.

  Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, pihaknya mengesan sebuah lori sedang mengisi minyak di pam bernombor di stesen minyak berkenaan.

   Katanya, diesel itu diisi secara serentak dengan menggunakan dua nozel ke dalam tangki minyak kenderaan tersebut dan hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati enam tong plastik berkapasiti 1,000 liter berada di dalam ruang kargo lori itu.

  “Minyak yang diisi menerusi tangki asal lori dipam masuk ke dalam empat tangki plastik yang diubah suai tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

  Jelas Mohd. Khairi, pemandu lori itu turut gagal mengemukakan dokumen kebenaran daripada KPDN berkaitan urusniaga dan pemilikan barang kawalan berkenaan.

  “Satu Akuan Pemeriksaan turut dikeluarkan kepada pengusaha stesen minyak itu bagi tindakan lanjut. Selain lori, kita merampas enam tong plastik, pam bermotor,  hos penyambung dan 2,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM4,300,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya