Selepas Zahirah, Zarina, Fathia petik nama Ismail Izzani pula? - Utusan Malaysia

Selepas Zahirah, Zarina, Fathia petik nama Ismail Izzani pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas ‘melancarkan’ perang dengan pasangan pelakon, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza serta Zarina Anjoulie, aktres, Fathia Latif hari ini memetik nama penyanyi, Ismail Izzani dalam kontroversi.

Fathia dalam video yang dimuat naik di TikTok (kemudian dipadam) mendakwan, Zarina dikatakan pernah melakukan aktiviti persundalan terkutuk dengan Ismail selepas pelakon Anak Pontianak itu membongkarkan peranagi tidak senonoh Fathia.

“Dah la kau ‘tut’ (perbuatan tak senonoh) dengan Ismail Izzani dan saya bercakap perkara berdasarkan fakta.

“Aku tidak takut nak cakap benda betul. Tiba-tiba cakap hati busuk. Siapa hati busuk? Siapa masuk campur? Siapa yang cerita pasal siapa.

“Siapa yang mengaku kawan bestfriend sudah berbaik semula? Tiba-tiba kau nak kutuk aku,” katanya.

Dalam video sama, Fathia turut menempelak Zarina kerana melibatkan diri dan mengeluarkan dakwaan yang mengaibkan dirinya tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Kau pun tidak tahu apa situasi aku dengan Zahirah. Kau tak tahu pun apa sebenarnya yang terjadi.

“Kau tidak tanya aku terlebih dahulu, tiba-tiba nak buat kenyataan,” ujarnya lagi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya