Selebriti disekat ke luar negara - Utusan Malaysia

Selebriti disekat ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA awalnya, Cik Bunga  fikir barangkali seorang selebriti wanita berusia 40- an ini memang sengaja mahu sahut seruan kerajaan supaya lebih mencintai destinasi atau lokasi percutian dalam negara. 

Ala lagu Cuti-Cuti Malaysia nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza itulah. Tup tup, Cik Bunga dengar khabar itu bukan sebab utama mengapa selebriti tersebut buat macam itu. 

Ada kenalan industri beritahu, selebriti berkenaan sebenarnya telah disekat ke luar negara kerana gagal membayar cukai pendapatan sudah beberapa lama dah. 

Dengarnya, dia yang ada buat bisnes, banyak kali mengeluh kurang buat ‘sales’ atau keuntungan. Kalau ada pun, duit itu buat bayaran hutang lama. Setiap kali pun begitu. Alah, macam lagu Salleh Yaakob tu, gali lubang tutup lubang. 

Jadi disebabkan itulah, maka sudah lama tak nampak perkongsiannya bercuti ke luar negara di media sosial. Asyik di Malaysia sahaja kononnya. 

Kalau tidak, Cik Bunga perasan juga dulu, asal ada peluang cuti, dia bukan jenis pilih destinasi pelancongan dalam negara. 

Kejap-kejap ‘hilang’ ke luar negara, tayang shopping itu ini. Bergaya mewah itu sudah tentu. 

Aduhai… kadangkala Cik Bunga hendak tergelak juga dengan perangai feeling golongan selebriti kita ini. Ramai saja yang jenis tak mahu kalah sesama mereka. 

Hujung-hujung, begitu juga hidupnya. Makan juga cencaluk dan belacan dalam pada berangan hidup ala selebriti Mat Salleh. Itu contoh saja. 

Cik Bunga tak cakap itu perangai selebriti yang tak bayar hutang cukai pendapatan ini. Eh! Suka hati dialah ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya