Selebriti ada kanser tahap tiga katanya… - Utusan Malaysia

Selebriti ada kanser tahap tiga katanya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau melibatkan artis atau selebriti lelaki yang seorang ini, entahlah, seakan tiada kata-kata baik lagi yang boleh Cik Bunga lontarkan kepadanya.

Sudahlah sering terjebak dengan skandal sana sini, tup tup, Cik Bunga dengar, dia juga turut tergamak menipu orang dalam industri seni yang kononnya dia pun sedang menghidap penyakit kanser sekarang.

Kononnya, dia ada kanser lebih kurang macam apa yang pernah dialami oleh penyanyi, Elyana dan sekarang, kanser yang dialaminya itu sudah berada di tahap tiga.

Masalahnya, kalau Cik Bunga tengok keadaan dia itu, macam tak ada apa-apa sakit pun. Elok sahaja berjalan ke sana ke mari. Kanser apanya macam itu?

Macam Elyana, dia sakit dulu, dia memang tak aktif dalam dunia seni, duduk di rumah dan rawat penyakitnya itu. Apa yang terjadi pada selebriti lelaki ini pula nampak benar berbeza.

Tapi Cik Bunga memang tahu dia menipu saja. Inilah yang dilakukannya demi nak meraih perhatian.

Masalahnya, tiada siapa peduli pun dengan cerita yang dijajanya itu. Silap haribulan, memang orang lain semua pun dah tahu modus operandinya yang dahagakan perhatian itu. Ish… tergamak ya.

Nanti kalau suatu hari memang diuji dengan sakit yang betul, itu jam, entah-entah orang pun tak percaya dah dengan kata-kata dia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya