Selaras subsidi untuk yang berhak, bukan warga asing - Armizan

Selaras subsidi untuk yang berhak, bukan warga asing – Armizan

ARMIZAN MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyelarasan semula subsidi adalah perlu bagi memberi manfaat kepada mereka yang berhak, bukan golongan yang sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali.

Ini kerana, katanya, subsidi berkenaan digunakan oleh pihak lain sehingga memberi kesan kepada kerajaan yang membayar subsidi.

“Amalan sejak dulu tidak ada larangan kepada warga asing beli minyak masak bersubsidi di pasaran runcit. Inilah kesan pemberian subsidi pukal sama seperti minyak petrol dan diesel di stesyen minyak. Itu sebabnya penyasaran semula subsidi perlu dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, katanya lagi, orang ramai digesa untuk membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dilancarkan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.

Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan dasar subsidi bersasar yang akan hadir bersama jaminan bantuan sosial termasuk bantuan tunai subsidi bersasar.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar turut menjelaskan, dasar subsidi bersasar tidak bermaksud bahawa subsidi akan ditarik sepenuhnya, sebaliknya ia melibatkan reformasi dalam pemberian subsidi dan bantuan sosial kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya