'Selamat tahun baharu 2024. Harap nasib anak saya terbela'

Harap nasib anak saya terbela, semoga ada keadilan buat anakku – Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengharapkan agar kematian anaknya terbela memasuki tahun baharu 2024 ini.

Ismanira Abdul Manaf, 28, menerusi hantaran di Instagram miliknya berkata, sepanjang tahun 2023 mereka (sekeluarga) bahagia selain sering bercuti dan luang masa bersama.

“Selamat tahun baharu 2024. Kali ini saya melangkah tahun baharu dengan duka dan harapan. Harapan agar nasib anak saya terbela, semoga ada keadilan buat anakku.

“Sepanjang tahun 2023 mereka bahagia, sering bercuti dan luang masa bersama. Namun akhir tahun kami tak jangka, kami diuji sampai ke tahap ini.. tak tertanggung rasanya.

“Ujian ini sangat berat bagi saya sekeluarga, namun kami tetap harus tabah,” luahnya hari ini.

Ismanira turut berharap dia sekeluarga Zayn Rayyan dapat disatukan semula di syurga.

“Semoga kita disatukan semula di syurga Allah, syurga yang kehidupannya kekal abadi selamanya. Amin Amin Ya Rabb Ya Mujib.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada 10 malam  selepas dilaporkan hilang lebih 30 jam.

Bagaimanapun, polis mengesahkan mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

Setakat ini, pihak polis telah merakam percakapan 225 individu terdiri daripada keluarga dan penduduk di Apartment Idaman di sini.

Turut diambil, sebanyak 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA) membabitkan penduduk di Apartment Idaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya