Selamat berjuang pasukan Harimau Malaya - Anwar

Selamat berjuang pasukan Harimau Malaya – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan kata semangat kepada skuad Harimau Malaya yang kembali beraksi di pentas Piala Asia 2023 di Qatar selepas 42 tahun pada 12 Januari hingga 10 Februari ini.

Dalam satu hantaran video di laman Facebook beliau malam ini, beliau menyifatkan kepada pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon sebagai pejuang selepas Malaysia layak secara merit ke Piala Asia dan bakal menggalas cabaran besar.

“Ini pejuang hebat, pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar, kukuh semangat, istiqamah, 42 tahun kita menanti dan sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung. Kami doakan insya-ALLAH akan mencapai sukses.

“Sekali lagi diucapkan selamat maju jaya, selamat berjuang kepada pasukan Harimau Malaya,” katanya.

Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit diundi dalam Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juara dua kali Piala Asia, Korea Selatan.

Harimau Malaya akan memulakan aksi menentang Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin depan disusuli pertemuan melawan Bahrain pada Sabtu di Stadium Jassim Bin Hamad serta menentang Republik Korea pula pada 25 Januari di Stadium Al Janoub.

Kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia ialah ketika menjadi tuan rumah bersama edisi 2007 selepas dua penampilan iaitu pada 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan perlawanan bola sepak Piala Asia Qatar 2023 bermula 12 Januari ini akan disiarkan saluran RTM.

Perlawanan itu bukan hanya membabitkan Pasukan Harimau Malaya sahaja, malah peminat sukan itu boleh menonton kesemua perlawanan berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya