PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini menetapkan 20 Februari ini untuk pendengaran permohonan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan kebenaran merayu berhubung keabsahan penubuhan sekolah vernakular dan penggunaan bahasa Mandarin serta Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah tersebut. Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) memfailkan permohonan tersebut pada 19 Disember lalu melalui firma guaman, Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil. Bagi kes-kes sivil, kebenaran perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum boleh merayu di Mahkamah Persekutuan. NGO itu memfailkan permohonan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya