Scammer Laos mula guna AI umpan mangsa bercinta atau bercuti  

Scammer Laos mula guna AI umpan mangsa bercinta atau bercuti  

HISHAMUDDIN Hashim bercakap kepada pemberita selepas tujuh mangsa rakyat Malaysia selamat tiba di Balai Ketibaan KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sindiket penipuan antarabangsa yang berpindah dari Myanmar ke Laos sudah mula menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengumpan mangsa baharu.

 Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang memberitahu, modus operandi terkini itu terbongkar hasil sesi temuramah dilakukan pihaknya dengan beberapa mangsa yang berjaya diselamatkan dari negara berkenaan.

 “Sindiket kali ini sudah tidak lagi mengumpan kononnya ada tawaran kerja bergaji lumayan kerana ramai sudah tahu taktik ini tetapi mula guna AI pula,” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan tujuh mangsa jenayah pemerdagangan itu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini lewat malam tadi.

 Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, umpan AI yang dieksploitasi oleh geng sindiket berkenaan cuba memperdayakan mangsa terlibat dengan imej rekaan watak wanita cantik.

 “Janaan canggih komputer itu akan mempelawa mangsa pergi ke Bangkok kononnya untuk bertemu tetapi apabila tiba di sana, mereka diculik sebelum dibawa ke Laos pula,” jelasnya.

 Teknologi AI tersebut ujar beliau, turut digunakan secara meluas dalam platform media sosial yang cuba mengajak golongan muda pergi bercuti ke Phuket atau Krabi di Thailand.

 Sebaliknya tambah beliau, tawaran hebat tersebut hanya helah memperdayakan mangsa sebelum mereka dibawa masuk ke Laos untuk diperdagangkan oleh sindiket berkenaan.

 Justeru beliau meminta masyarakat tempatan khususnya belia agar tidak terpengaruh dengan modus operandi baharu itu yang menjurus kepada tema percintaan dan percutian.

 Menyentuh cabaran dihadapi MHO untuk menyelamatkan mangsa di Laos, Hishamuddin berkata, senario agak berbeza daripada Myanmar yang langsung tidak dikawal kerajaan.

Malah, tiada kes mangsa yang didera kerana zon diwujudkan pihak berkuasa negara itu masih ada undang-undang dan mereka diselamatkan memiliki dokumen perjalanan sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya