Saya tak mampu tolak - Ernie Zakri berlapang dada dibandingkan dengan penyanyi lain - Utusan Malaysia

Saya tak mampu tolak – Ernie Zakri berlapang dada dibandingkan dengan penyanyi lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ernie Zakri, 31, terbuka dan berlapang dada terhadap tindakan sebilangan besar peminat dunia muzik tempatan yang sering membanding-bandingkan atau melaga-lagakan dia dengan penyanyi lain.

Kata Ernie, dia menganggap perkara itu sebagai satu kebiasaan yang perlu diterima dan dikendalikan setiap anak seni secara positif dan bijak.

“Peminat akan terus membanding-bandingkan penyanyi ini dengan penyanyi yang lain. Saya tak boleh halang dan tak mampu tolak perkara itu.

“Anggap sahaja ia satu rezeki kerana dalam apa cara sekalipun, masyarakat masih sebut nama saya apabila membanding-bandingkan penyanyi yang pada mereka, hebat. Saya hargai perkara itu dan anggap sahaja ia sesuatu yang positif.

“Yang perlu saya risaukan adalah apabila orang tidak lagi bercakap tentang saya. Jadi mahu atau tidak, saya kena terima apabila saya dibanding-bandingkan dengan penyanyi lain. Yang paling penting saya betulkan niat, masuk industri sebab nak cari rezeki dan teruskan dengan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Ernie berkata demikian pada sidang media konsert Voice of The Heart baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ku Bersuara ini memaklumkan dia tidak boleh berasa selesa dengan kedudukannya dalam industri seni tempatan pada masa sekarang.

Katanya, dia perlu bersedia untuk berdepan tsunami bakat-bakat baharu yang pada pandangannya, kemampuan nyanyian mereka jauh lebih hebat dan menginspirasikan.

“Saya berbesar hati dan ada masanya juga segan apabila orang meletakkan saya sebaris dengan penyanyi-penyanyi yang hebat dan berpengaruh.

“Sebenarnya saya tak boleh meletakkan diri saya di tahap itu kerana di Malaysia ini, terlalu ramai penyanyi yang bagus. Saya sendiri sudah melihat bakat-bakat itu cuma mereka belum diketengahkan dan dicungkil lagi.

“Jadi saya tak boleh rasa diri saya selesa pada kedudukan sekarang. Saya kena kerja lebih keras dan bijak mengatur perjalanan karier saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya