Saya rasa dikhianati peminati - Noraniza Idris

Saya rasa dikhianati peminat, hilang percaya dan keyakinan diri – Noraniza Idris

noraniza idris
NORANIZA bakal menjayakan Konsert Malai Solo di Istana Budaya dari 21 hingga 23 Oktober depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mereka dah tahu saya kena tipu. Sepatutnya mereka berpihak pada saya tetapi rupanya, sama naik kecam saya. Ketika itu saya rasa sangatk tak adil.”

Itu luahan ratu etnik kreatif, Noraniza Idris yang terpaksa ‘merehatkan’ mentalnya lantaran dicemuh dan dikecam warganet membabitkan isu penangguhan konsert solonya dua tahun lalu.

Lebih mengecewakan, kongsi penyanyi Dikir Puteri itu, ada kalangan peminatnya sendiri turut serta dalam serangan kecaman walaupun dia mendedahkan ditipu penganjur konsert tersebut.

“Sejujurnya sukar untuk saya ingat kembali perkara itu sebab saya rasa sangat tidak adil. Saya kemurungan dan trauma juga mungkin. Ditipu satu hal, tetapi dikhianati itu lebih menyakitkan.

“Baru saya nampak kenapa industri macam ini padahal selama ini saya ikhlas berkarya,” ujar Noraniza Idris.

Tambah Noraniza, kejadian tersebut turut memberi impak negatif kepadanya sehingga ada beberapa penganjur lain membatalkan kontrak dan enggan mengundangnya untuk persembahan.

“Ketika itu, orang tak panggil saya untuk buat persembahan. Mungki mereka ‘takut’ dengan saya. Itu yang buat saya bertambah kemurungan dan saya kata tidak adil untuk orang yang ikhlas dalam industri seni ini.

“Tetapi saya juga perlu hidup jadi saya fokus kepada perniagaan. Untuk satu ketika, saya tak fikir langsung fasal nyanyian,” kongsinya.

“Sehingga kini saya masih dalam usaha memulihkan semangat. Adakala malu hendak jumpa orang ramai. Kejadian itu berlaku ketika ulang tahun saya, memang sampai bila-bila saya ingat,” katanya.

Terdahulu, pada September 2022, penyanyi Awallah Dondang itu mengambil keputusan menunda Konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Kata Noraniza, dia tidak menolak penangguhan konsert tersebut ada kaitan dengan isu penglibatannya bersama Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) yang didakwa mempunyai unsur penipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya