Sanusi dakwa tekanan punca Zulkafperi sokong PM

Sanusi dakwa tekanan punca Zulkafperi sokong PM

Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sokongan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi kepada Perdana Menteri kemungkinan berpunca daripada tekanan demi tekanan yang dihadapi wakil rakyat Bersatu itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau merasakan perkara itu antara faktor mendorong Zulkafperi mengalihkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya pun tak pernah bersembang dengan beliau (Zulkafperi) tetapi saya rasa itulah sebabnya (tekanan). Dibiarkan orang itu ‘lapar’ dalam keadaan tekanan berlaku di Parlimen tersebut menerusi tuntutan bermacam-macam.

“Beliau tak ada kemampuan dan apabila sudah letih, maka terpaksalah (beralih sokongan),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Buku Pokok Sena di sini, hari ini.

Semalam, Zulkafperi mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta dengan alasan untuk menjamin kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan hidup rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini.

Beliau turut meminta penduduk dan pengundi di Tanjong Karang memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Madani dan mendoakan agar kawasan parlimen itu mendapat limpahan pembangunan sebagaimana diharapkan.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, beliau mengharapkan agar Zulkafperi menjadi wakil rakyat terakhir PN yang melakukan tindakan sedemikian.

“Saya harap dia yang terakhir dan orang pun taklah gila semuanya di dunia ini. Dah wakil rakyat tak ada bajet, takkan hangpa nak tekan beliau. Tekan lama-lama, mereka pun panas dan kemudian larilah. Kita pun dah lama jadi wakil rakyat dalam keadaan susah,” katanya.

Tambahnya, setiap wakil rakyat perlu bersedia untuk bersusah-payah serta bersiap untuk derita. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya