Sanusi dakwa SD bentuk kerajaan sudah cukup

Sanusi dakwa SD bentuk kerajaan sudah cukup

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tengah) melakukan gimik perasmian ketika Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Perikatan Nasional (PN) mendakwa sudah mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membolehkan gabungan itu mengambil alih pentadbiran negara.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci perkara tersebut termasuk berkaitan akuan bersumpah (SD).

 “Saya tidak tahu tetapi sudah cukup jumlah. Tunggu masa (nak ambil alih kerajaan),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang ‘Langkah Dubai’ yang didakwa dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan gerakan berkenaan tidak akan memberi kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

Semalam, PN dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 Ahli Parlimen untuk datang menghadap Seri Paduka bersama SD masing-masing. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya