Saling menghargai, harmonikan industri seni - Utusan Malaysia

Saling menghargai, harmonikan industri seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Janganlah memanaskan satu perkara yang tidak seharusnya dijadikan isu. Ada benda yang tidak penting, tidak wujud jangan disentuh atau diada-adakan. Nanti melarat dan natijahnya, kita yang tanggung.”

Demikian jawapan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza tatkala ditanya berhubung trend perbandingan antara penyanyi yang kerap menjadi punca peperangan di media sosial baru-baru ini.

Tambah penyanyi Cindai itu, tidak wujud persaingan untuk merebut gelaran nombor satu atau penyanyi paling hebat kerana apa yang penting adalah kepuasan dan kegembiraan peminat setiap penyanyi itu.

“Kita bukan masuk pertandingan lumba lari kan? Saya sendiri pun tak pernah sasar untuk bergelar penyanyi terhebat atau nombor satu. Tidak ada dalam kamus hidup saya sebagai anak seni pun.

“Cukuplah jika peminat meluahkan kepuasan, penghargaan dan kegembiraan menerusi lagu-lagu nyanyian serta persembahan saya. Itu pun sudah membawa kebahagiaan dalam hati saya,” ujarnya.

Tambah penyanyi yang mendapat gelaran Voice Of Asia itu, dia sering mengingatkan kelab peminatnya untuk tidak menyentuh dan berbalah dengan kelompok pemuja artis lain berhubung isu-isu sensitif.

“Saya mengharapkan agar industri seni kita harmoni daripada sebarang perbalahan secara maya yang mencetuskan ketegangan. Lihat sahaja pemain industri seni Indonesia, mereka saling menyokong.

“Jika ada rakan artis yang mengumumkan konsert atau lancarkan album, baik yang baru atau lama akan saling menyatakan sokongan. Mereka saling menghargai antara satu sama lain. Itu lebih bagus.

“Kami pun buat kerja masing-masing. Penat sebenarnya tau, bila kita sudah berikan yang terbaik namun terpalit dengan ‘perbalahan’ yang tidak wujud pun sebenarnya. Jangan melaga-lagakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya