Rundingan autonomi kesihatan Sarawak dijangka minggu depan 

Rundingan autonomi kesihatan Sarawak dijangka minggu depan 

DR. Sim Kui Hian (lima dari kiri) selepas melancarkan buku baharu di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Kuching, Sarawak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Mesyuarat berkaitan penurunan kuasa autonomi kesihatan Sarawak dijangka diadakan minggu depan. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, beberapa perkara akan diberikan perhatian dan diutarakan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semasa mesyuarat itu.

“Penurunan kuasa autonomi kesihatan kepada Sarawak perlu disegerakan memandangkan sudah lama tertunggak. Malah, model kesihatan yang diamalkan sejak 60 tahun yang lalu sudah tidak sesuai digunapakai di Sarawak, salah satunya adalah berhubung Pusat Jantung Sarawak.

“Pada masa sama, kita bimbang kerana tiada kemajuan dapat dicapai berhubung autonomi kesihatan kepada Sarawak,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran buku di Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini.

Sebagai rekod, autonomi kesihatan merupakan salah satu daripada tiga perkara yang dituntut Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selain pendidikan dan hak ke atas Pelabuhan Bintulu.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan membolehkan Sarawak mempunyai kuasa untuk mengurus dan mentadbir hal berkaitan kesihatan sepenuhnya.

Sehubungan itu, beliau yakin rundingan itu dapat dilaksanakan kerana Sarawak mempunyai kepakaran untuk menguruskan sektor kesihatan.

“Saya akui bukan mudah kerana penurunan kuasa autonomi kesihatan kepada Sarawak melibatkan 43 undang-undang yang perlu dipinda namun optimis ia dapat diselesaikan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya