Rodzi dilantik KSU Kementerian Digital

Rodzi dilantik KSU Kementerian Digital

RODZI Md. Saad menerima watikah pelantikan daripada KSN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Rodzi Md. Saad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Digital berkuat kuasa 12 Disember tahun lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, Rodzi, 60, berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 34 tahun serta berpengalaman luas dalam pengurusan dan pentadbiran keselamatan negara.

Beliau berkata, ini meliputi pelbagai aspek termasuk sempadan, maritim serta keselamatan siber serta pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Keselamatan Negara.

“Semoga dengan pelantikan beliau dapat memacu pembangunan teknologi digital negara bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan digital yang holistik, inklusif dan lestari selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkelulusan Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Ijazah Sarjana Muda Demografi dan Kajian Kependudukan (Kepujian) dari Universiti Malaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya