RM6 juta derma syarikat minta sambung konsesi LRA – Sanusi

RM6 juta derma syarikat minta sambung konsesi LRA – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa wang RM6 juta yang terkait dalam siasatan rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merupakan derma syarikat gergasi bagi menyambung kontrak konsesi loji rawatan air (LRA) Kedah.

 Beliau yang juga Presiden KFA menegaskan akan mendedahkan syarikat itu termasuk siasatan agensi berkenaan yang turut didakwa sebagai plot untuk memburukkan persatuan dan kerajaan negeri pimpinannya.

“Plot itu saya tahu melibatkan syarikat besar yang lobi untuk dapat sambung konsesi LRA, (mereka) derma ke situ (KFA). Lepas itu hendak kita sambung dia, konsesi ini kita tak sambung, kita nak buat sendiri.

“Kalau derma RM80 bilion pun kita tak sambung, lepas itu minta balik duit itu, itu cerita dia. Hampa tulis, hampa bagi orang marah, hampa ingat orang tak reti marah. Masuk akaun KFA, dia bagi cek, dia derma.

“KFA sejak 100 tahun dulu ditubuhkan, dibiayai dengan derma, sumbangan daripada kerajaan, swasta, NGO, peminat sukan, semua derma pi situ, terima masuk dalam akaun, itu biasa seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap di Kuala Nerang di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan Ketua Pegawai Eksekutif KFA bersama tiga individu lain oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM6 juta.

Pada masa sama, Muhammad Sanusi turut mengingatkan agensi kerajaan supaya tidak menjadi orang suruhan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan reputasi pihaknya.

“Bila tiba masanya, saya nak tengok plot depa lagi yang saya faham ada siri. Bukan ada kerja puak ini, guna agensi awam untuk kepentingan peribadi, memuaskan perasaan sendiri, ‘pekena’ orang sebanyak mungkin yang tidak sealiran.

“Saya nak pesan kepada agensi awam, jangan jadi barua kepada puak-puak ini. Depa semua saya kenal, CEO itu saya suruh kerja di situ gaji RM5,000, hutang (KFA ketika itu) RM26 juta, gaji pemain tidak bayar, gaji semasa pemain masa itu KFA masih pegang bil hutang RM26 juta, pembiayaan semasa tidak ada duit.

“Saya kata hang (CEO) pi kerja situ, gaji RM5,000 dia sanggup dan dia pulun untuk bayar hutang sara pemain ketika itu, ada ka pi sapu duit RM6 juta, mai mana RM6 juta, hutang RM26 juta baik bayar hutang dulu. Tidak betul, hampa buat kerja tidak betul, menzalimi orang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya