RM55 juta latih pekerja mahir sektor binaan

RM55 juta latih pekerja mahir sektor binaan

MOHD. Zaid Zakaria (tengah) menyampaikan Anugerah Ikon TVET Pembinaan kepada salah seorang alumni, Muhammad Nurhasifi Yusof pada Majlis Graduasi ABM dan CIDB Tecnologies Wilayah Utara di Sintok, Kubang Pasu. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Sebanyak RM55 juta disediakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tahun ini bagi melatih belia dan personel yang bakal mengikuti pelbagai kursus kemahiran berkaitan pembinaan.

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Mohd. Zaid Zakaria berkata, lebih 100 kursus kemahiran pembinaan ditawarkan di enam Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan CIDB Technologies Sdn. Bhd. (CIDB Tech) seluruh negara.

Katanya, peruntukan itu semakin meningkat setiap tahun bagi memastikan pekerja binaan tempatan mendapat latihan kompetensi yang sewajarnya dalam bidang kemahiran.

“CIDB terus memberi sokongan berterusan dalam melatih pekerja mahir binaan dengan memperuntukkan RM232 juta bagi tahun 2018 hingga 2023,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Graduasi ABM dan CIDB Technologies Wilayah Utara yang menyaksikan seramai 200 pelatih termasuk 13 pelatih cemerlang diraikan.

Mohd. Zaid berkata, setakat ini lebih 80,000 pekerja mahir berjaya menamatkan latihan di ABM atau CIDB Tech dan memperoleh Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) yang membolehkan mereka terus bekerja dalam industri pembinaan.

Menurut beliau CIDB Malaysia menerusi ABM dan CIDB Tech menawarkan tajaan kepada belia tempatan untuk mengikuti latihan lebih 100 kursus kemahiran pembinaan yang merangkumi jentera berat, kerja bangunan, kimpalan serta mekanikal dan elektrikal.

“Secara purata kadar kebolehpasaran pelatih yang menamatkan latihan di dua pusat latihan CIDB itu kini mencapai 85 peratus, namun ada kursus yang mencapai 90 peratus khususnya dalam bidang minyak dan gas serta pendawaian.

“Itu adalah tred (kursus) yang berimpak tinggi dengan pelatih yang mengikutinya ada permintaan di pasaran. Malah, ada antara mereka yang terus mendapat kerja walaupun belum menamatkan latihan masing-masing,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya