RM2 juta selesai masalah air UMS

RM2 juta tambahan selesai masalah air UMS

ZAMBRY Abdul Kadir (dua kiri) menyampaikan bantuan kewangan Yayasan Perkasa Siswa di UMS, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meluluskan peruntukan tambahan RM2 juta bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, peruntukan itu sebagai tambahan kepada peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program temu siswa di UMS, tahun lalu.

Beliau berharap masalah bekalan air di UMS dapat diselesaikan dengan segera menerusi peruntukan keseluruhan yang berjumlah RM5 juta tersebut.

“Saya tidak mahu beri tempoh tetapi saya beri penekanan (selesai) dengan kadar yang segera. Jadi, mungkin mengambil masa selama dua bulan atau empat bulan. Proses teknikal seperti menggali telaga tiub untuk mencari sumber air memerlukan masa. Dari segi teknikal yang lain seperti penyediaan tempat dan paip-paip yang baharu untuk disambung ke kolej-kolej kediaman juga perlu dilakukan.

“Namun, saya telah memberi penekanan tadi bahawa jangan ambil masa terlalu panjang. Kalau ada masalah disebabkan birokrasi yang tidak boleh diluluskan, maklumkan dengan pihak saya supaya masalah birokrasi ini dapat kita kurangkan. Jangan jadikan kerenah birokrasi penghalang utama untuk selesaikan masalah (air) ini,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Yayasan Perkasa Siswa di UMS, hari ini.

Menurutnya lagi, tambahan peruntukan itu membolehkan UMS mengepam air naik ke tangki-tangki di kawasan yang tinggi. Dana itu juga boleh digunakan untuk menggali beberapa telaga tiub lagi. Namun, langkah membina telaga tiub itu adalah penyelesaian jangka pendek.

Zambry berkata, menerusi taklimat yang diberikan, Kerajaan Negeri Sabah dikatakan ada perancangan untuk membina kolam tangki air yang besar tapi mungkin ia mengambil sedikit masa.

Malah katanya, beliau telah memaklumkan pihak UMS dalam kalangan professor yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk sama-sama membantu dengan memaklumkan kepada KPT tentang langkah-langkah yang boleh dilaksanakan segera bagi menyelesaikan isu air di kampus induk UMS tersebut.

Menyentuh tentang peruntukan RM3 juta yang diluluskan Perdana Menteri sebelum ini, beliau berkata, peruntukan itu telah diterima dan kerja-kerja membina telaga tiub telah pun dimulakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya