Rangka tidak sempurna dijumpai dalam rumah terbengkalai

Rangka tidak sempurna dijumpai dalam rumah terbengkalai

KAMARUL ZAMAN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Batu Pahat: Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka itu ditemui pada pukul 2 petang selepas dipandu seorang suspek.

Katanya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia ini.

“Siasatan ke lokasi mendapati terdapat pakaian ditemui pada rangka terbabit.

“Bagaimanapun, pengesahan identiti mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira dua minggu lagi,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi penemuan rangka manusia di Batu 7, Tongkang Pecah, hari ini.

“Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka  milik wanita terbabit,” katanya.

Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan  Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya