Ramai tertipu dan jadi mangsa - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Ramai tertipu dan jadi mangsa – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengakui cukup sedar bahawa dirinya sering menjadi sasaran mudah golongan pengaut untung yang tidak bertanggungjawab di pelbagai platform media sosial, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, meluahkan kebimbangan sekiranya perkara ini tidak dibendung dengan segera.

Menurut penyanyi kesayangan ramai ini, teknologi ini membuka ruang kepada penjenayah siber untuk meraih wang dengan menipu mangsa di Internet tanpa mengira latar dan usia pengguna. 

Bagaimanapun, kata Siti, tentunya golongan berusia mudah menjadi sasaran kerana mereka kebiasaannya tidak dapat membezakan antara yang tulen dan tiruan. 

“Teknologi AI itu pula menggunakan suara dan wajah artis, jadi warga emas akan mudah rasa percaya dan tidak teragak-agak nak keluarkan duit dengan hasrat nak beli produk yang dijual itu. 

“Kalau orang yang selalu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya tak mengapa. Saya cuma risau kalau makcik-makcik yang tertipu dan membeli produk berkenaan. la kerana mereka menggunakan platform yang popular iaitu Facebook.

“Canggihnya teknologi AI ini sampaikan orang boleh keliru dengan suara dan wajah saya di platform yang digunakan. Walhal, itu bukan saya dan tidak terlibat pun menjual barangan tertentu itu,” katanya. 

Berikutan itu, kata Siti, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat ‘menjual’ rupa dan suaranya demi kepentingan dan keuntungan peribadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya