Rakyat gembira, teruja terima sumbangan SARA - Utusan Malaysia

Rakyat gembira, teruja terima sumbangan SARA

ANWAR Ibrahim mengadakan tinjauan di pasaraya Mydin Meru pada sesi turun padang sumbangan SARA di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Mydin Meru di sini teruja apabila dapat melihat dan bermesra dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan dalam rangka jadual padatnya di Perak hari ini sempat meluangkan masa dan melakukan tinjauan terhadap penerima SARA di kompleks beli belah itu.

Menurut seorang penerima SARA, Ramayah Animuthu, 70, tidak menyangka dapat melihat dan berbual mesra dengan perdana menteri.

“Walaupun dapat berbual hanya sebentar saya amat teruja kerana sukar mendapat peluang untuk berjumpa orang nombor satu negara itu.

“Sumbangan SARA ini banyak membantu saya sekeluarga membeli barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung dan beras yang digunakan setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Noormaizatul Akma Badrul Sham, 23, tidak menyangka terpilih untuk menerima sumbangan SARA sebanyak RM50 bagi kategori bujang.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu membeli barangan keperluan semasa kepada ibu saya,” katanya.

Media melaporkan, program SARA telah ditambah baik dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta berbanding perbelanjaan RM130 juta tahun lalu.

Peruntukan lebih besar itu membolehkan kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lalu, malah nilai bantuan juga dinaikkan sekali ganda sehingga RM1,200.

Program itu turut diperluaskan kepada golongan miskin berbanding hanya golongan miskin tegar sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya