Raja Muda Perlis lancar menu terbaharu Richiamo

Raja Muda Perlis lancar menu terbaharu Richiamo, Kurma Daging Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyerahkan plaka rasmi Promosi Masakan Perlis kepada Muhamad Zamry.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurma Daging Perlis merupakan hidangan tradisional Malaysia yang berasal dari negeri Perlis, bakal menjadi menu terbaharu Richiamo Coffee.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah berkata, idea untuk menyajikan menu berkenaan tercetus selepas saranan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda merasmikan pengoperasian Richiamo Coffee Ampang Park, baru-baru ini.

Baru-baru ini juga baginda juga berkenan berangkat mencuba dan sekali gus melancarkan menu terbaharu Richiamo Coffee berkenaan.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama dengan anakanda Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Ia juga bertujuan bagi sama-sama membantu memperkenal dan mempromosikan Kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Ia menjadi ‘milestone’ kepada promosi makanan Perlis apabila Kurma Daging Perlis dimasukkan ke dalam menu hampir 200 buah cawangan kafe berkenaan di seluruh negara dan antarabangsa.

Kaedah pengawetan makanan yang digunakan oleh Richiamo yang terkini membolehkan makanan berkenaan disimpan tanpa perlu dibekukan dan ini memudahkan untuk dihantar ke luar negara.

Kurma Daging Perlis adalah kari daging yang kaya dan berperisa yang dibuat dengan kepingan lembut daging lembu yang dimasak dalam campuran rempah wangi seperti serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar dan serbuk adas. Hidangan ini diserikan lagi dengan penambahan santan, daun pandan, daun kari, garam dan gula.

Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan kari yang lazat dengan keseimbangan rempah, kemanisan dan kelembutan dari santan. Kurma Daging Perlis lazimnya dinikmati bersama nasi kukus atau roti canai, dan ia merupakan hidangan popular yang dihidangkan semasa majlis dan perhimpunan khas.

Menu terbaharu ini akan mula disaji di semua Richiamo pada 17 Januari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya