Raja Muda Perlis harap MITI bantu Perlis tingkat pelaburan - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis harap MITI bantu Perlis tingkat pelaburan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima mengadap Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dapat membantu negeri ini dalam aspek pelaburan sekali gus merancakkan lagi ekonomi Perlis sama ada membabitkan pelaburan dari dalam atau luar negara.

Titah baginda, pihak MITI juga diharap dapat memberi nasihat yang berterusan kepada Perlis berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam mengendalikan pelabur.

Titah baginda, ia termasuk dapat membantu membuat pendedahan yang meluas tentang peluang-peluang pelaburan yang ada di negeri Perlis kepada pelabur-pelabur luar.

“Pendedahan aspek pelaburan di Perlis itu agar dapat dikembangkan dengan lebih jauh lagi dan pada masa yang sama memperkuatkan jaringan dan hubungan antara pelabur bersama pihak MITI dan negeri Perlis.

“Ia terutama dalam memperkasakan projek-projek yang ada di Perlis agar pelabur lebih berminat untuk masuk melabur di negeri ini,” titah baginda selepas berkenan menerima mengadap

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong di Bilik Tuanku Canselor, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di sini hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin dan Chin Tong membincangkan mengebai pelaburan dan baginda berharap agar pihak MITI dapat membantu negeri Perlis sepenuhnya dalam aspek pelaburan.

Seterusnya baginda bertitah, pihak MITI juga boleh sentiasa berkongsi dengan Perlis melalui visi dan misi terutama pelan jangka panjang.

“Ia bagi terus memastikan kaedah pelaburan di negeri ini kekal relevan dalam mencari peluang menambah pelabur luar untuk masuk ke Perlis,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya