Raikan industri seni, sebar positiviti - Utusan Malaysia

Raikan industri seni, sebar positiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengakui cakna dengan isu yang pernah tular di media sosial, penyanyi, Aina Abdul mahu menyebarkan positiviti dalam dunia seni supaya tidak timbul isu perebutan gelaran penyanyi nombor satu negara.

“Mula-mula saya anggap, biasalah peperangan antara peminat. Tetapi makin lama makin melarat. Ada di antara nama-nama yang terkait adalah rakan seindustri saya. Mungkin tidak rapat tetapi kami bersahabat.

“Kami cuba untuk tidak berbual tentang ketegangan yang berlaku. Apa yang saya boleh lakukan adalah menyebarkan positiviti. Semangat saling menghargai antara satu sama lain. Tidak kira kelab peminat sesiapa pun.

“Saya sendiri mahu raikan bakat yang ada. Biarlah persahabatan kami menjadi bukti, yang tidak ada isu pun antara satu sama lain. Ya, kami sayang peminat semua tetapi raikan dan hargai kami dengan positif,” ujarnya.

Ujar penyanyi Terus Hidup itu juga, dia sentiasa mengingatkan kelab peminatnya supaya tidak terlibat apatah lagi menimbulkan perbalahan isu yang akhirnya memercik rasa kurang senang antara rakan artis.

“Peminat memang akan pertahankan dan meletakkan penyanyi kegemaran mereka di tempat teratas. Tetapi saya adalah pengemudi kapal itu. Saya akan pesan dan nasihat, kita raikan semuanya.

“Nanti yang buruk nama adalah saya. Tetapi jujur, saya tidak boleh halang orang untuk berkata-kata. Cuma saya berharap tidak ada lagi isu seperti itu timbul,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya