KOTA TINGGI: Pusat Bandar Kota Tinggi semalam lumpuh apabila dinaiki air lebih satu meter berikutan keadaan banjir sejak malam semalam. Keadaan semakin buruk apabila berlaku pertembungan antara banjir dan fenomena air pasang penuh. Malah, Jalan Semanggar menuju ke kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tun Habab juga tidak boleh dilalui berikutan air berarus deras yang membanjiri laluan berkenaan. Jalan Tun Sri Lanang juga ditutup bagi kegunaan semua jenis kenderaan kerana ditengelami air setinggi 0.6 meter dengan jarak sejauh 650 meter. Tinjauan Utusan Malaysia di deretan kedai berhampiran kawasan bandar juga mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya