PSSCM pertahan aksi silat depan Masjid Nabawi, sifatkan tidak langgar adab

PSSCM pertahan aksi silat depan Masjid Nabawi, sifatkan tidak langgar adab

MAIDEEN Kadir Shah (dua kanan) mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin (dua dari kiri) melawat Galeri Silat Cekak di Muzium Negeri Kedah. Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) mempertahankan aksi silat di hadapan Masjid Nabawi, Madinah yang tular baru-baru ini sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak.

Presiden PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah berpandangan, individu yang melakukan aksi berkenaan sekadar mempamerkan budaya yang menjadi identiti orang Melayu selain mereka tidak melakukan sesuatu melanggar adab atau etika.

“Apa yang dipamerkan itu benda yang baik sebab itu bukan waktu solat dan di dewan luar, bukan dalam Masjid Nabawi itu sendiri.  Jadi ia menggambarkan sesuatu yang baik iaitu identiti kita kerana mereka berpakaian busana (silat).

“Jadi mereka berpakaian beradab dan tak buat perkara yang melanggar dari segi adab dan etika kita sebagai orang Melayu dan Islam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Galeri PSSCM dan Majlis Serah Tapak antara persatuan itu dengan Lembaga Muzium Kedah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu klip video berdurasi 27 saat yang menunjukkan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi, Madinah.

Bagaimanapun, video yang tular sejak beberapa hari lalu itu, mendapat kecaman daripada netizen kerana dikatakan tidak menghormati kawasan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar hari ini berkata, tindakan tiga individu berkenaan juga dikhuatiri memburukkan imej negara.

Mengulas lanjut; Maideen yang juga Guru Utama PSSCM itu berkata, seni silat mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam dan wajar dihormati oleh semua pihak.

“Di negara kita, masjid menjadi tempat membawa silat untuk menyemarakkan masjid. Jadi apa salahnya orang silat buat tetapi dengan adab dan etika serta dia menunjukkan sesuatu yang baik,” katanya.

Menyentuh kecaman pelbagai pihak katanya, isu tersebut jika mengundang permasalahan di peringkat antarabangsa termasuk hubungan Malaysia dengan negara terlibat perlu diselesaikan secara diplomatik.

“Kita orang Melayu tahu bahawa silat adalah identiti bangsa kita, kerana silat adalah pakaian bangsa dan silat adalah ilmu yang mendidik orang kita menjadi khalifah dan pemimpin yang dapat memimpin agama, bangsa dan negara, jadi apa salahnya.

“Kalau ada isu, itu kita selesaikan di peringkat kementerian kenapa kita jadikan benda yang baik itu jadi tak baik? Dia bukan bergaduh dan pukul orang, dia cuma mempamerkan nilai budaya kita,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya