Projek asrama pekerja asing Teluk Kumbar hanya libatkan 7,000 orang - Utusan Malaysia

Projek asrama pekerja asing Teluk Kumbar hanya libatkan 7,000 orang

CHOW Kon Yeow ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam pada majlis perhimpunan tahunan anggota perkhidmatan awam bilangan 1, di George Town, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar dekat sini, yang dibantah penduduk setempat hanya berkapasiti lebih 7,000 orang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima apa-apa permohonan daripada pemaju berhubung projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dikatakan berkapasiti sehingga 22,000 orang.

Katanya, kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung dua projek berkenaan berkemungkinan kerana mereka tidak dapat membezakan maklumat yang diperolehi.

“Ada satu projek yang sebenarnya menjadi sasaran bantahan itu. Projek yang mereka desak (bantah) yang berkapasiti lebih 22,000 pekerja asing memang setakat ini tidak ada permohonan pun, apa yang diluluskan adalah berkapasiti lebih 7,000 pekerja di Teluk Kumbar.

”Makluman ini (projek berkapasiti 7,000 pekerja asing) mungkin di lapangan orang ramai tidak dapat bezakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan tahunan anggota perkhidmatan awam bilangan 1, di sini hari.

Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 orang di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar, Prof. Dr. Muhamad Idiris Saleh berkata, hampir keseluruhan penduduk tempatan di Teluk Kumbar membantah pembinaan asrama pekerja asing di kawasan tersebut kerana bimbang dengan pelbagai masalah yang akan timbul pada masa depan.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, beliau mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar itu hari ini bagi berbincang mengenai isu tersebut.

“Saya juga meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi taklimat berhubung projek ini kepada Datuk Azrul Mahathir Aziz (ADUN Bayan Lepas) dan badan bertindak yang membantah projek ini

“Semalam, saya pun ada berjumpa wakil Barisan Nasional (BN) Balik Pulau, saya terangkan mengenai projek ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri industri yang mempunyai banyak kilang  dan sebelum ini kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan berhubung pembinaan asrama pekerja asing.

”Pekerja asing ketika ini tinggal berselerak, ada di taman-taman perumahan dan lain-lain, jadi banyak aduan dan isu kita perlu uruskan.

“Jadi dengan adanya asrama, ia alternatif yang lebih baik dari segi tempat penginapan dan kemudahan yang ada demi mematuhi piawaian antarabangsa, tetapi kita faham di mana ia dibina di situ adanya suara (bantahan) rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya