Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur dekat komuniti 

Program Temu DBKL, Teh Hijau Kuala Lumpur dekat komuniti 

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan dua program iaitu Teh Hijau Kuala Lumpur serta Temu DBKL untuk menjenamakan semula program berasaskan komuniti serta meningkatkan perkhidmatan kepada warga kota.

Kedua-dua program itu bertemakan ‘Dari DBKL untuk Komuniti’ akan dijalankan setiap bulan meliputi 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur secara bergilir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, program ini adalah salah satu usaha untuk mencapai hasrat Malaysia Madani dalam mencapai kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam semula jadi.

“Program ini turut melibatkan kerjasama dengan beberapa rakan strategik seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Radio Televisyen Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Yayasan Wilayah Persekutuan Media (YWP Media), dan Persekutuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

“Syabas kepada DBKL kerana menyahut seruan kerajaan untuk memperkukuhkan dan memperkasakan peranan pihak berkuasa tempatan,” katanya ketika berucap di sini, hari ini. 

Program Temu DBKL ini akan diadakan hari Sabtu mengikut tarikh dan masa yang akan ditetapkan.

Sehubungan itu, DBKL menyasarkan program ini akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman warga kota mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKL secara meluas.

“Ia juga bertujuan untuk meningkatkan reputasi dan kepercayaan warga kota terhadap DBKL melalui penyediaan perkhidmatan secara terus dan bersasar kepada komuniti setempat,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya