Program konsert ada lesen, premis sudah lama ditutup - Polis

Program konsert ada lesen, premis sudah lama ditutup – Polis

TANGKAP layar video tular yang dimuat naik di Twitter semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan video tular memaparkan beberapa individu menari sambil mendengar muzik di sebuah hangar dengan tulisan PDRM adalah program Rock The World 2023, yang diadakan pada 16 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak polis terkesan klip video berdurasi 16 saat dimuat naik di Twitter pada 3.30 petang semalam memaparkan beberapa individu menari sambil mendengar muzik.

“Kita mendapati premis terbabit adalah pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Kuala Lumpur yang sudah ditutup.

“Polis menerima pemakluman dan lesen dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, premis terbabit sudah lama ditinggalkan dan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas berhubung video tular berkenaan.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 0322979222 atau pergi ke mana-mana balai berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya