Potensi besar anak Zamarul Hisham - Utusan Malaysia

Potensi besar anak Zamarul Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejujurnya, Cik Bunga pun tak sangka pelakon senior, Zamarul Hisham mempunyai anak yang kini bergelar pelakon cilik di Malaysia.

Kalau tak silap, nama anak lelakinya itu ialah Kash Haiqal yang kini berusia 13 tahun. Khabarnya, ramai yang memuji lakonan Kash kerana sebagai pelakon cilik, dia sudah menunjukkan potensi besarnya sebagai seorang pelapis pelakon yang bakal menyinar dalam industri seni.

Sebab apa Cik Bunga katakan begitu. Dalam situasi sekarang, kalau dilihat memang tak ramai pun pelakon cilik dalam negara. Sama ada belum dijumpai bakatnya atau pun masih belum betul-betul digilap sempurna.

Nak jumpa yang betul-betul ‘gifted’ atau bakat yang memang anugerah Tuhan, benda ini satu dalam sejuta. Kelebihan ini ada pada anak Zamarul, Kash.

Bukan tiada artis atau pelakon yang mana anaknya mewarisi darah seni daripada ibu bapa mereka. Susah nak jumpa yang betul-betul berpotensi. Kalau ada pun, memang tak boleh lari daripada dibanding-bandingkan dengan ibu atau bapa mereka.

Tetapi untuk Kash, dia membuktikan bahawa bakat yang dimilikinya ada nilai yang istimewa. Sama hebat macam Zamarul. Cuma, kena jagalah perjalanan kerjayanya sebagai anak seni ini, jangan tersalah langkah.

Bukan apa, ada saja pelakon cilik yang tidak jaga bab begini, lalu terjerumus ke kancah hitam yang menyaksikan kerjaya seni pun turut hancur di tangan sendiri. Faham kan maksud Cik Bunga?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya