Polis tumpaskan sindiket seludup diesel bernilai RM15.1 juta

Polis tumpaskan sindiket seludup diesel bernilai RM15.1 juta

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyeludupan diesel dengan rampasan mencecah RM15.1 juta di Klang, Selangor, pada Selasa lalu. 

Serbuan itu dijalankan sepasukan Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, pihaknya menahan 12 lelaki termasuk dua rakyat tempatan.

“Polis merampas 1,022,860 liter minyak diesel subsidi, 18 buah lori tangki, 16 tangki sid mengandungi minyak diesel, 14 pam minyak dan dua buku stok keluar masuk.

“Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM15.1 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mengulas lanjut, kata Hazani, bagi tempoh 1 hingga 10 Januari, WCB/PSK melancarkan 13 serbuan dan berjaya menahan 40 tangkapan dengan nilai rampasan bernilai RM39.2 juta.

Tegasnya, PDRM sentiasa komited bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.

“Kerjasama orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibateras sepenuhnya,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya