Polis tahan dua lelaki bergaduh di persimpangan lampu isyarat

Polis tahan dua lelaki terlibat pergaduhan di persimpangan lampu isyarat 

MOHD. ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki yang terbabit dalam kejadian pukul di persimpangan lampu isyarat Pelangi, Semenyih, baru-baru ini ditahan polis.

Penahanan suspek berusia 26 dan 43 tahun itu dilakukan cawangan Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat dan punca kejadian adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan.

Kata beliau, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan reman dan ditahan reman sehingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat dan punca kejadian adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan kemalangan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kajang untuk permohonan reman dan ditahan reman sehingga 15 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Justeru itu, beliau meminta, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 bagi membantu siasatan.

Semalam, media melaporkan, masalah brek dikatakan menjadi punca berlakunya kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga mencetuskan pergaduhan di persimpangan lampu isyarat Pelangi, Semenyih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya