Polis sita pelbagai hartanah, kenderaan mewah milik RM9.72 juta milik sindiket dadah Geng Upik

Polis sita pelbagai hartanah, kenderaan mewah RM9.72 juta milik sindiket dadah Geng Upik

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menyita pelbagai jenis hartanah, kenderaan mewah, barangan kemas dan wang tunai milik sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah dengan nilai mencecah RM9.72 juta.

Kesemua harta terbabit disita dan dibekukan polis susulan penahanan 11 ahli sindiket Geng Upik termasuk dalang utama yang bergelar Datuk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu diambil menerusi Op Morava yang dijalankan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Katanya, sebanyak 42 akaun dibekukan bagi tempoh 27 Disember sehingga 19 Januari lalu termasuk lapan akaun baharu yang dibekukan dengan keseluruhannya bernilai RM1.86 juta.

“Kita (polis) turut membekukan 10 jentera dan 11 bidang tanah dengan keseluruhan bernilai RM2.81 juta.

“Selain itu, sebanyak 20 kenderaan dianggarkan bernilai RM6.77 juta, wang tunai RM35,041 dan barang kemas bernilai RM100,000 disita polis membabitkan keseluruhan sitaan berjumlah RM6.91 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. 

Menurut Ayob Khan, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM9.72 juta. 

Pada  Januari lalu, beliau dilaporkan berkata, sebanyak 22 akaun bank yang telah dibekukan membabitkan bernilai RM420,000 manakala 18 kenderaan disita bernilai RM6.6 juta yang kebanyakannya kenderaan mewah dipercayai daripada suspek Geng Upik, sindiket dadah terbesar di Sabah. 

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM35,000 serta barang kemas dan jam mewah dianggarkan RM100,000.

Media semalam melaporkan seramai 11 individu termasuk seorang bergelar Datuk didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, masing-masing terduduh didakwa melakukan kesalahan bermula 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanapun tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh, manakala sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac ini sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Lelaki itu turut menaungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haram sejak 2015.

Sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya