Polis rampas lebih 10 kg ganja, 4 lelaki ditahan

Polis rampas lebih 10 kg ganja, 4 lelaki ditahan

ANTARA kejayaan tangkapan dan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPD Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis menahan empat lelaki dan merampas lebih 10 kilogram dadah jenis kanabis atau ganja dianggarkan bernilai RM33,000 di dua lokasi berasingan di Selangor pada 25 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan pertama melibatkan tiga suspek yang berjaya diberkas berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Karak, manakala seorang lagi suspek ditahan di Ampang.

“Polis merampas sebanyak 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis kanabis dengan anggaran berat 10.51 kilogram.

“Kita dapati keempat-empat suspek berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun itu turut mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal mendapati tiga daripada empat suspek terbabit positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

Jelas beliau, kesemua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Hussien berkata, sepanjang tahun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor berjaya menangkap seramai 22,859 orang yang melibatkan pelbagai kesalahan jenayah narkotik, iaitu 3.96 peratus lebih tinggi dari tahun 2022.

“Rampasan pelbagai jenis dadah pula dianggarkan bernilai RM154.59 juta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya