Polis rakam percakapan abang kanak-kanak maut tertusuk besi ampaian

Polis rakam percakapan abang kanak-kanak maut tertusuk besi ampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan merakam percakapan abang kepada seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartment dekat Batu Caves, di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, keterangan kanak-kanak itu akan diambil kerana dia berada di dalam bilik itu bersama adiknya ketika kejadian.

“Polis mengambil masa untuk merakam percakapan terutama abang mangsa berusia 10 tahun yang memerlukan prosedur lain.

“Seluruh keluarga masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, polis sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes tersebut.

“Kes masih dalam siasatan dan sedang dilengkapkan.

“Sebaik perkara ini dilaksanakan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas dipercayai tertusuk besi ampaian pada leher ketika bermain di kediaman keluarganya di sebuah apartment dekat Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa berusia lima tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring berlumuran darah.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya