Polis akan panggil penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat

Polis akan panggil penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat

ORANG ramai menyertai himpunan 'Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara' di Pintu 2 Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan penganjur ‘Himpunan Selamatkan Rakyat’ di Istana Negara di sini dalam masa terdekat ini. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengenal pasti penganjur perhimpunan tersebut untuk dirakam percakapan.

Katanya,  polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan berkenaan yang berakhir pada pukul 11.30 pagi itu. 

“Pihak penganjur akan dipanggil dalam masa terdekat ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 1,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan yang dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).

Turut hadir ke perhimpunan berkenaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.

Syed Hassan dan Setiausaha Agung PETA Mohd Aswanizam Alias kemudian menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterima oleh wakil Istana Negara antaranya mengandungi keluh kesah rakyat berhubung ekonomi negara.

Semalam, polis mengesahkan tidak menerima sebarang notis permohonan penganjuran himpunan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang akan mengadakan perhimpunan di Istana Negara di sini hari ini.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya